24 May 2010

Biro Belia, Sukan Dan Kebudayaan

Pengerusi Biro : En. Kasian Bin Yaidi





Matlamat


Menyelaras dan menyediakan segala aktiviti-aktiviti bagi para Belia supaya memenuhi kehendak dan cita-cita dan menyambung tinggalan kebudayaan atau warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang atau orang yang terdahulu.






Tugasan:


- Menyeleras kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh pertubuhan sukarela dan politik di Kampung supaya setiap belia mengambil bahagian dalam setiap majlis yang dianjurkan.


- Menganjurkan kegiatan-kegiatan secara berpusat supaya ianya dapat dikendalikan dengan lebih sistematik.


- Mengelakkan belia terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah.


- Mengekalkan kebudayaan penduduk tempatan.


- Memajukan dan mengembangkan kepada para belia sebagai satu pasukan pelapis.


- Mengumpul remaja / belia supaya dapat memenuhi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.


- Mewujudkan satu kehidupan masyarakat yang saling hormat-menghormati, berkerjasama melalui aktiviti yang dilaksanakan.


- Memastikan kesinambungan kebudayaan tradisi masyarakat desa.


Program Sukan Yang Dijalankan Belia



Pertandingan Gasing Sukan Yang Dianjurkan Belia




Labels: