Bersama Pemimpin : YB. Datuk Noraini Binti Ahmad, Ahli Parlimen Pt.Sulong
YB. Datuk Ahmad Zahri Bin Hj Jamil - ADUN Seri Medan
Jabatan : Pejabat KEMAS Daerah Pt. Sulong
Pejabat Agama Daerah Batu Pahat
Hospital PUTRA Batu Pahat
Parlimen Parit Sulong
JPMM Dun Seri Medan
PROGRAM KAMPUNG ANGKAT DAN SARINGAN KESIHATAN
UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA (IMU)
TARIKH : 22 & 23 MEI 2010
TEMPAT : KG. PT. WARIJO
MAJLIS PERASMIAN - YB DATUK NORAINI BTE AHMAD
Ahli Parlimen Pt. Sulong
MAJLIS PENUTUP - YB DATO AHMAD ZAHRI BIN JAMIL
ADUN Seri Medan
Program:
1. Saringan Kesihatan
2. Gotong Royong
3. Bersama Keluarga Angkat
4. Persembahan Kebudayaan
5. Motivasi Perlajar (UPSR)
6. Sukan Rakyat
Tinggal Kenang-Kenangan
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBAIKPULIH RUMAH WARGA EMAS
Pn. Sisanthi Bte Salim
Pt. Lintang Warijo
Tarikh : 27hb Julai 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
JKKK Kg. Pt. Warijo bersama-sama pemuda dan seluruh penduduk kampung.
1. PENGENALAN
Satu keputusan telah dibuat semasa “Program Gerak Mesra Rakyat Bersama Pemimpin” Anjuran KEMAS Pt. Sulong bersama JKKK Kg. Pt. Warijo pada 15hb Mei 2010 bagi mengadakan gotong-royong membaiki rumah Pn. Sisahti Bte Salim.
Boidata Pemilik Rumah:
Nama : Pn. Sisahti Bte Salim
No. K/P : 200922-71-5122
Alamat : Pt. Lintang Warijo, Seri Medan, 83400 Batu Pahat.
Status : Ibu Tunggal / Warga Emas
Miskin Tegar
Keperluan : Membaiki rumah yang telah uzur.
2. TUJUAN
Program ini adalah bertujuan bagi membaiki rumah tersebut bagi memberikan keselesaan dan kesempurnaan kepada Pn. Sisahti Bte Salim yang merupakan seorang ibu tunggal dan warga emas yang sangat-sangat memerlukan bantuan untuk membaiki rumah yang telah rosak dan uzur.
3. PERLAKSANAAN
Program ini akan diadakan secara gotong royong oleh seluruh penduduk kampung Parit Warijo yang akan diadakan pada 27hb Jun 2010 (Ahad) bermula jam 8.00 pagi.
Gotong-royong ini merangkumi kerja-kerja seperti berikut:
3.1 Menurunkan struktur rumah (memotong tiang)
3.2 Menukar zink
3.3 Menukar dinding
3.4 Membuat bilik air
3.5 Kerja-kerja yang tidak dijangkakan yang diperlukan.
4. PERBELANJAAN
Setelah dibuat pemeriksaan oleh beberapa tukang (kontraktor) bersama-sama dengan Pengerusi dan beberapa Ahli Jawatankuasa jumlah barang dan segala perbelanjaan bagi membaiki rumah tersebut adalah berjumlah RM7,800.00.
5. SUMBER PERBELANJAAN
Hasil dari Program ”Gerak Mesra Rakyat Bersama Pemimpin” YB Datuk Ahmad Zahri Bin Jamil (Adun Seri Medan) melalui JPMM Dun Seri Medan telah bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM4000.00.
Pihak JKKK kampung akan mencari sumber-sumber lain bagi menampung baki perbelanjaan sebanyak RM3,800.00.
6. KESEIMPULAN
Program ini bertujuan membantu penduduk kampung yang sangat-sangat memerlukan bantuan selain dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara JKKK Kg. Pt. Warijo dan penduduk kampung berkerjasama mengadakan gotong-royong.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh penduduk Kg. Pt. Warijo dan Pt. Hj. Ismail dengan kerjasama semua sehingga matlamat program tercapai.
Dalam masa hanya 1 hari dapat menyiapkan hampir 80% rumah yang dibaipulih
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBAIKPULIH RUMAH WARGA EMAS
Kasmirah Bte Sairan Pt. Hj. Suib
Alamat : Kg. Pt. Melayu, Pt. Warijo,
Seri Medan 83400 Batu Pahat
Tarikh : 01 Ogos 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Kerja-kerja gotong royong yang dijalankan:
1. Memotong Tiang (Merendahkan rumah)
2. Membaiki zink
3. Menukar serta membaiki rumah yang telah rosak
kerjasama JKKK Kg. Pt. Warijo bersama-sama penduduk kampung parit warijo
Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program gotong-royong tersebut.
PROGRAM “JANGAN DILUPAKAN” SEMPENA BULAN RAMADHAN DAN SAMBUTAN AIDIL FITRI 1431 HIJRAH (2010)
BIRO PEMBANGUNAN DAN KEBAJIKAN
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG
KAMPUNG PARIT WARIJO, SERI MEDAN, 83400 BATU PAHAT.
Pengenalan:
Program ini adalah merupakan salah satu program yang dirancang oleh Biro Pembangunan Dan Kebajikan JKKK Kg. Pt. Warijo bagi membantu golongan yang miskin termasuklah ibu tunggal sempena bulan ramadhan dan sambutan Aidil Fitri tidak lama lagi.
Cadangan:
Cadangan Bantuan yang akan diberikan adalah berupa barangan keperluan harian seprti beras, gula, tepung dan susu serta Wang ringgit kesemuanya berjumlah RM100.00 bagi setiap keluarga yang terpilih.
Sasaran:
Golongan sasaran yang terpilih bagi menerima bantuan ini adalah merupakan golongan miskin, ibu tunggal dan penduduk yang sangat-sangat memerlukan perhatian termasuklah mereka yang kurang upaya dan sakit.
Cadangan Nama-nama yang terpilih:
Bil Nama Alamat Catatan
1. Kasmirah Bte Sairan Pt. Hj. Suib (Melayu) Miskin/Ibu Tunggal
2. Kamariah Bte Makun Pt. Basri Laut Miskin/Ibu Tunggal
3. Habsah Bte Juhanis Pt. Basri Laut Miskin/Ibu Tungal
4. Sishanti Bte Salim Pt. Warijo Miskin/Ibu Tunggal
5. Romainor Bte Sumiyoto Pt. Warijo Miskin
6. Misbahuddin Bin Lokman Pt. Warijo Miskin
7. Esa Bin Abdullah Pt. Warijo Miskin
8. Rosni Bte Mohamed Pt. Warijo Miskin
9. Najahan Bin Mohd Taib Pt. Warijo Miskin
10. Pn. Saprah Bte Isot Pt. Warijo Miskin/Ibu Tunggal
11. Pn. Absah Bte Bondan Pt. Warijo Miskin/Ibu Tunggal
12. Sulasteri Bte Mohamed Pt. Warijo Ibu Tunggal
13. Rahmah Bte Mohd Noh Pt. Hj. Ismail Ibu Tunggal
14. Habibah Bte Mansur Pt. Warijo Miskin/Ibu Tunggal
15. Samsiah @ Enah Bte Yusuf Pt Warijo Ibu Tunggal
16. Sulaih Bte Sidek Pt. Warijo Ibu Tunggal
17. Sikom Bte Abdullah Pt. Waijo Ibu Tunggal
18. Rojikon Bin Jikin Pt. Waijo Warga Emas (Sakit)
19. Suyono Bin Sumo Pt. Warijo Warga Emas (Sakit)
Kesimpulan:
Program ini adalah bertujuan golongan yang kurang upaya, miskin dan ibu tunggal tidak akan dilupakan apabila bulan Ramadhan dan shawal akan tiba. Selain merupakan salah satu aktiviti JKKK Kg. Pt. Warijo program ini juga dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim diantara JKKK dan penduduk kampong. Semoga program yang dirancang mendapat keberkatan dari ilahi.
Disediakan oleh,
Ahmad Iskandar Bin Ismail
Setiausaha JKKK Kg. Pt. Warijo